Setiu: Seramai 2 pegawai dan 10 anggota Lain-lain Pangkat  (LLP) yang terdiri daripada Angkatan Tetap dan Sukarela telah terlibat dengan pelaksanaan Promosi AW Anjuran Batalion Kedua Kem Sri Tembila pada 23 Feb 23 bertempat di Dewan Serbaguna Terbuka Sungai Tarom, Setiu. Tujuan promosi ini dilaksanakan adalah untuk menarik minat orang awam menyertai Askar Wataniah khususnya belia di sekitar kawasan Setiu. Pelbagai pameran menarik telah diadakan seperti pameran jenis-jenis pakaian tentera, gambar aktiviti pasukan, jenis-jenis hammock serta peralatan ketenteraan. Selain itu, promosi ini juga berjaya menarik minat seramai 15 orang awam untuk menyertai Askar Wataniah.

                                12