Johor: Lawatan Sambil Belajar Anggota Sukarela Rej 501 AW ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) telah dilaksanakan pada 21 Jan 23. Lawatan yang dianjurkan oleh Batalion Pertama Rej 501 AW ini dirangka bertujuan menarik minat lebih ramai Anggota Sukarela menghadiri Latihan Tempatan. Lawatan ini melibatkan seramai 32 pegawai dan 83 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari semua batalion rejimen ini.
Terdapat beberapa aktiviti telah dilaksanakan sepanjang lawatan ini, antaranya adalah pegawai dan anggota didedahkan mengenai organisasi dan peranan PULADA sebagai pusat latihan kepada Pegawai dan Anggota Infantri dan diakhiri dengan lawatan ke beberapa cawangan seperti Cawangan Serigala, Muzium serta Galeri PULADA dan Perkampungan Ikhtiar Hidup.
Program lawatan ini sangat bertepatan dengan Objektif Pelan Strategik Hala Tuju AW 2022-2030 iaitu Meningkatkan Keaktifan Peg dan Anggota AW dan Meningkatkan Kompetensi Peg dan Anggota AW. Selain itu, lawatan ini dapat meningkatkan hubungan erat kerjasama dua hala sediada di antara Rejimen 501 Askar Wataniah dan PULADA bagi penggunaan kemudahan fasiliti serta pelaksanaan latihan Anggota Sukarela. Lawatan ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke - 28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.