Negeri Sembilan: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha telah hadir menyempurnakan upacara Penutup Pertandingan Akhir Battle Of The Bands Peringkat Tentera Darat 2022 yang telah diadakan di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson pada 6 Sep 22.
Pertandingan gilang gemilang ini melibatkan dua kategori iaitu Peringkat Formasi dan Peringkat Kor Tentera Darat. 10 kumpulan telah berentap iaitu, Kombo RAMD, Kombo D' Armor, Kombo D' Aswa, Kombo D' Semenggos dan Kombo De Electras bagi merebut gelaran Juara.
Pertandingan Battle of The Bands ini merupakan salah satu daripada hasrat pucuk pimpinan Tentera Darat bagi melihat tahap kesiagaan pasukan dan bakat baru dalam bidang muzik berkonsepkan patriotik dan parodi mengikut gaya dan kreativiti masing-masing yang bersifat ketenteraan atau semangat cintakan negara. Manakala bagi konsep parodi adalah lagu-lagu semasa yang digubah mengikut gaya kreativiti masing-masing tanpa mengubah lirik asal lagu tersebut.
Bagi Kategori Formasi dijuarai oleh Kombo D' Absolute Green dari Markas 1 Divisyen dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM6000.00 berserta Piala Pusingan. Tempat Kedua dimenangi oleh Kombo D' N' Separang dari Markas 5 Divisyen dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Kombo D' Parawood dari Markas 10 Bridged PARA. Manakala bagi Kategori Kor dijuarai oleh Kombo D' Semenggos dari Kor Perkhidmatan Diraja yang turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM 6000.00 berserta Piala Pusingan. Tempat kedua dimenangi oleh Kombo D' Aswa dari Rejimen 508 Askar Wataniah dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Kombo De Electras dari Kor Jurutera Letrik dan Jentera. Bagi Lagu Patriotik Terbaik turut dimenangi oleh Kombo D' Semenggos dengan lagu bertajuk "Tentera Darat" dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2000.00.
Turut hadir adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Bin Muhammad, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan isteri, Datin Erni Irawati binti Rosli, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima-Panglima formasi, Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat serta lebih 4,000 pengunjung tempatan.