Kuala Lumpur: Bahagian Pasukan Simpanan telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Askar Wataniah (JPAW) Ke-30 di Bilik Mesyuarat Hasyim Ali, Wisma Perwira Tentera Darat pada 21 Jul 22. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Lt Jen Datuk Seri Mohammad  bin  Ab Rahman, Timbalan Pabglima Tentera Darat yang dihadiri seramai 29 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada pengarah Kor TD, Sek TD, OPLAT, PSAT Cwg Sumber Manusia, Cwg Logistik serta Kol Latih MK PMBTD, MK PMTTD dan Cwg P&P. Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menetapkan halatuju AW, merancang dan memantau pembangunan sumber manusia, logistik dan infrastruktur AW serta menapis usul-usul berkaitan AW yang ingin dikemukakan ke Mesyuarat JK Tertinggi TD.

              WhatsApp Image 2022 07 21 at 2.08.04 PMWhatsApp Image 2022 07 21 at 2.08.04 PM 1