Kuala Lumpur: Bahagian Pasukan Simpanan telah menganjurkan Latihan Kebakaran Markas Tentera Darat 2 bertempat di Dataran Sukan BPS pada 6 Jul 22. Latihan ini melibatkan semua penempatan/ cawangan/ Sel yang berada dalam Markas Tentera Darat 2.
Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada warga Markas Tentera Darat 2 tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana. Ini juga penting untuk memastikan semua pegawai,anggota dan staf sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala berlaku sebarang kejadian kebakaran.
Selain itu, taklimat ringkas berkenaan langkah-langkah keselamatan semasa berlakunya kebakaran turut disampaikan oleh wakil Bomba Tentera Darat yang berpengkalan di Kem Batu Kentomen.