Kuala Terengganu: Pemeriksaan Keselamatan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan oleh pihak Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Terengganu telah dilaksanakan pada 20 Jun 22 bermula jam 1030 bertempat di Kem Padang Midin. Tim pemeriksaan ini diketuai oleh En Ahmad Fakrudin bin Azizan selaku Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Terengganu. Tujuan pemeriksaan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap kualiti keselamatan perlindungan di agensi-agensi kerajaan. Pemeriksaan ini merangkumi kawasan di balai pengawal, perimeter pagar keselamatan kem, dan stor senjata pasukan.