Batu Uban, Pulau Pinang: Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 1/2022 Batalion 1 Rejimen 509 Askar Wataniah pada 12 Jun 22 yang telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Memerintah Batalion 1 Rejimen 509 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Mohamad Fouzi bin Arshad bertempat di Padang Kawad Batalion 1 Kem Batu Uban Rejimen 509 Askar Wataniah.
Kursus ini berlangsung selama 4 minggu iaitu bermula dari 8 Jun 2022 hingga 7 Julai 2022 melibatkan seramai 70 anggota Perajurit Muda (PJM) Kolej Kemahiran Teknologi MARA (KKTM) dan Orang Tempatan dari Rejimen 509 Askar Wataniah. Kursus ini memberi fokus untuk melatih Perajurit Muda Sukarela Askar Wataniah dalam pelaksanaan tugas-tugas asas sebagai seorang anggota tentera di dalam Batalion Infantri (AW).
Objektif kursus ini adalah untut menentukan Perajurit Sukarela dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang soldadu Tentera Darat dengan menerapkan nilai-nilai Sistem Pemerintahan Rejimental dan Peradaban sebagai seorang anggota tentera setelah menamatkan kursus nanti. Ia juga selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi dengan tumpuan yang merangkumi Pengukuhan Profesionalisme anggota berfokuskan pencapaian keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki.
Turut hadir dalam Majlis Pembukaan Kursus ini adalah Timbalan Pengarah Kolej Kemahiran Teknologi MARA (KKTM) Encik Zulkifli bin Haji Zakaria, Ketua Cawangan Latih Mejar Sobri bin Hashim, Pegawai Tadbir Batalion 1 Leftenan Muda Norliana binti Mat Said dan Kompeni Sarjan Mejar Jurulatih Rejimen 509 Askar Wataniah Pegawai Waran 2 Mohamad Fouzi bin Saleh.