Kuala Terengganu: Majlis Berbuka Puasa Komander bersama Warga Rejimen 512 AW telah dianjurkan pada 22 Apr 22 bertempat di Kem Padang Midin. YAM Komander telah berkenan untuk meluangkan masa menghadiri majlis berbuka ini bersama pegawai-pegawai, anggota dan keluarga Rejimen 512 AW. Turut hadir bagi menyerikan majlis ini adalah pegawai dan anggota Sukarela serta ahli JAKPAW Negeri Terengganu. Majlis juga diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak serta Solat Sunat Tarawikh secara berjemaah di surau pasukan.