Kuala Lumpur: Acara Serah Terima Tugas Staf Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan di Dewan Watan Bahagian Pasukan Simpanan manakala Temuduga Staf Bertukar Keluar di Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan pada 18 Mac 2022.
Acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pegawai Staf 2 Logistik di antara Mej Abdul Hadi bin Mohd Hamari Ato dan Mej Mohd Hafiz bin Othman dan acara diakhiri dengan Majlis Penghargaan Pegawai Bertukar Keluar . Pelaksanaan acara ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.