KUALA LUMPUR: Acara Serah Terima Tugas Staf Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan di Pejabat Sel LLP Bahagian Pasukan Simpanan manakala Temuduga Staf Bertukar Keluar di Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan pada 9 Feb 2022.
Acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pegawai Staf 3 Pegawai di antara Kapt Muhammad Nurl - Afiq bin Anuar dan Kapt Muhammad Arif bin Kamalrolzaman manakala Pegawai Staf 3 Tadbir di antara Kapt Muhammad Syafiq bin Shahimi dan Kapt Siti Hajariah binti Abdul Aziz.
Acara diakhiri dengan Majlis Penghargaan Pegawai Bertukar Keluar di Bilik Rehat Bahagian Pasukan Simpanan. Pelaksanaan acara ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.