KUALA LUMPUR: Seramai 21 pegawai dan 121 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) tetap dan sukarela terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Rejimen 515 Askar Wataniah (Rej 515 AW) bertempat di Padang Kawad Rej 515 AW pada 5 Feb 2022. Acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa di antara Pemangku Komander Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki Md Yusof dengan Kol Datuk Wan Ahmad Uzir Hj Wan Sulaiman sebagai Komander Rej 515 AW yang baharu disaksikan oleh Panglima Briged ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd), Brig Jen Sani S Omar. Acara diakhiri dengan sesi bergambar dan menandatangani Buku Lawatan Rej 515 AW oleh Panglima 12 Bgd. Pelaksanaan acara ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.